Friday, 27 September 2013

BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH



bukan senang nak senang kan? mana ada orang di dunia ni yang hidup senang tanpa rasa perihnya kehidupan terlebih dahulu.Perasaan terluka, menangis, kegagalan dan melalui liku-liku kehidupan yang sangat mencabar akan dihadapi terlebih dahulu. apabila dah jatuh, terdapat dua pilihan dimana seseorang itu memilih untuk terus jatuh manakala pilihan yang lain adalah bangkit dari terus jatuh.untuk yang tidak berani menempuh kegagalan dan terus berputus asa dengan apa yang berlaku mungkin akan mengalami kesusahan selagi mana tidak berusaha membebaskan diri dari belenggu kegagalan.namun, bagi yang berfikiran optimis dan berfikir jauh ke hadapan, seseorang yang seperti inilah akan kejayaan kelak. dalam konteks kita sebagai seorang pelajar, kita sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik. apa yang kita usahakan, hasilnya akan kelihatan juga di masa hadapan.nak susah?tak susah kalau nak susah. seseorang yang selalu berserah segalanya kepada ALLAH tanpa mengusahakannya akan berdepan dengan kegagalan. apabila kegagalan itu menimpa,dan tidak mencari alternatif untuk keluar dari kegagalan itu,orang tersebut akan sentiasa susah. alhamdulillah... selesai.... 


ditulis oleh : FARIDAH SAKKA
PENGARUH LAMAN SOSIAL



baca tajuk ni, nampak macam negatif kan? emm, mana tidaknya, kalau di layan satu kerja pun tak siap. macam facebook tu.duk komen, like status, update status sampai boleh duduk berjam-jam depan laptop.buang masa. tapi kan, setiap apa yang diciptakan ada manfaatnya selagi orang yang mengendalikan tu bijak memilih untuk kearah kebaikan ataupun sebaliknya. manfaat laman sosial ni banyak sebenarnya. salah satunya boleh dapat banyak informasi terkini dan pantas.informasi seperti isu semasa dan banyak lagi. isu syiah dan syria misalnya banyak diketengahkan dalam laman sosial. ia dapat menyuntik rasa ingin tahu kita dan juga dapat membuka mata kita tentang kejadian yang berlaku di sekeliling kita semoga dengan ilmu yang kita perolehi melalui laman sosial itu dapat kita jadikan panduan dan mengambil ibrah di atas setiap kejadian yang berlaku. bukan itu sahaja, kita juga dapat meluaskan jaringan hubungan kita kepada orang masyarakat di luar sana. dengan jaringan yang meluas, ia merupakan satu kelebihan kepada kita terutamanya untuk menyebarkan dakwah. platform ini jika digunakan dengan bijak mampu membantu sekalian pengguna di luar sana yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengetahuan dan begitu juga diri ku. sekian dulu, ada kesempatan di lain masa akan ku sambung lagi nukilanku... in shaa ALLAH bermanfaat.

ditulis oleh : FARIDAH SAKKA

KENAPA TIDAK SUKA MENULIS???


bukan tidak suka sebenarnya, cuma nak memulakan sesuatu penulisan itu memerlukan semangat dan minat yang tinggi. selain itu, pengetahuan bahasa yang meluas juga diperlukan untuk menghasilkan karya penulisan yang baik.untuk menjadi seorang penulis yang berkaliber, kena lah banyak membaca buku.sekurang-kurangnya apabila sudah ada pengetahuan mengenai cara menulis, tidak lah kekok seseorang itu untuk meluahkan buah fikirannya. ramai orang yang tidak menulis bukan bererti mereka malas ataupun tidak suka untuk menulis. hal ini berlaku mungkin disebabkan mereka tidak tahu ataupun kurang pengetahuan untuk menghasilkan penulisan yang baik. kehebatan penulisan seseorang itu dapat dirasai apabila kita membaca karyanya, ia membuatkan kita berfikir, dan dapat merasai serta memahami bait-bait yang diperkatan dalam sesuatu karya itu. kata-kata motivasi misalnya, merupakan karya penulisan dimana dengan menggunakan bait kata yang mempunyai maksud yang tertentu dan mendalam dapat memberi impak kepada yang membacanya.oleh itu, bagi yang tidak menulis ia bukan kerana tidak suka atau malas cuma mungkin seseorang itu tidak mempunyai idea tentang apa yang hendak disampaikan. akan disambung..  Bi iznillah....

Assalamualaikum wbt...


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang memerintah langit dan bumi. Selawat serta salam keatas junjungan mulia nabi muhammad saw bersama para keluarga dan sahabatnya yang sentiasa mulia, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat kasihNya,masih lagi aku bernafas di bumi ini dan semoga dengan nafas yang berbaki ini, aku dapat berbakti.semoga dengan bakti itu akan memberikan kesenangan kepada orang yang memerlukan.



Betapa lemahnya diri ini dalam menempuh dunia yang penuh dengan ujian ini. Seringkali diri ini tersungkur dalam belitan syaitan dan nafsu yang menguasai diri. Namun, aku terus mencuba untuk melawan dan bertawakal kepada Tuhanku agar menolongku dan membantuku dalam menempuh ujian yang tak bertepi ini. 



KECELARUAN  KEPENTINGAN  SEBAGAI PELAJAR



Aku pun tidak pasti apa yang penting bagi diri aku sebagai seorang pelajar . memang banyak kepentingan tapi kalau nak di spesifikkan, aku berfikiran bahawa pelajar inginkan kejayaan yang boleh membantu kita untuk melakar masa depan yang lebih cerah. kadangkala aku celaru, bingung memikirkan apa sebenarnya kehendak dan keperluan aku sebagai seorang pelajar. penting bagi kita menilai dan mengukur kemampuan kita sebagai seorang pelajar. banyak benda yang selalu kusutkan fikiran ku sejak aku belajar ni. aku rasa benda ni pun kawan-kawan aku yang lain pun rasa juga. yang pertama sekali pasal keadaaan kewangan. aku ni  bukanlah datang dari keluarga yang senang sangat. masuk UITM ni pun aku tidak dapat PTPTN.maklumlah, PTPTN tu kan sumber kewangan pelajar yang paling banyak selepas ibu bapa. kaddang-kadang aku jadi seorang yang sangat takut berbelanja untuk keperluan aku disini sebab fikir kos yang banyak dan simpanan makin berkurang. lebih-lebih lagi untuk pelajar yang tidak ada PTPTN macam aku ni. mana nak ada duit simpanan. mak ayah bagi duit poket, cukup bulan habis lagi.Tapi aku bersyukur sangat aku ada kekuatan juga untuk  usaha kurangkan sikit beban mak ayah aku. aku bekerja sambil belajar. kerja bukan kerja menjual makanan atau bisnes tapi aku kerja sebagai askar Wataniah. dulu sebelum masuk jadi kadet PALAPES ni, aku tidak tahu pun PALAPES tu apa. aku dah latihan setiap hari sabtu dan ahad baru aku tahu. aku ni askar rupanya. ada yang pertikaikan kenapa aku masih teruskan duduk dalam PALAPES ni sedangkan ia bukan benda yang mudah bagi seorang pelajar sebab kena korbankan masa belajar, wang ringgit, penat dan sebagainya. Jawapan nya akan aku bahaskan di masa akan datang... sampai sini dulu coretan hati ku.semoga apa yang ku tulis tidak menjadi sia-sia ya ALLAH.



ditulis oleh :FARIDAH SAKKA















Networking effect in our daily life

Students today have begin to rely on the accessibility of information that is available on the social media platforms specifically as well as the web in general in order to get answers. This means that there is a reduced focus on learning as well as on retaining information.

They are trying to check various social media sites while they study. This leads to reduced academic performance. Besides, their ability to concentrate on their task at hand gets significantly reduced due to the distraction that is brought by all these social media sites.









The other negative effect on students is that they are spending too much time on social sites, and much lesser time on socializing in person. In fact, there is a lack of body signal, including tone and inflection in case of social networking sites. Thus they cannot be considered as an adequate replacement for any face-to-face communication. Not only this, students who are spending a great deal of time on these social networking sites are not able to communicate in person in an effective manner.


These social media sites have become so popular in such a short time because the information gets published in a fast way. This has actually created a lax attitude for using proper spelling as well as grammar. In fact, the students are unable to write effectively without the aid of the spell check feature of a computer.

written by : AZIZAH ISMAIL

‘hendak seribu daya,tak mahu seribu dalih’

‘hendak seribu daya,tak mahu seribu dalih’



Peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya. 


Maksud peribahasa ini dapat menggambarkan keinginan seseorang yang melakukan sesuatu dengan segala keupayaannya dan demikian juga sebaliknya.


Contohnya ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. sebagai pelajar, kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. jangan menjadikan tiada masa untuk megulangkaji pelajaran disebabkan sibuk dengan perkara lain.sebenarnya, sikap itu lahir dalam diri kita sendiri. jika kita rajin,ada habuan untuknya kelak.


Oleh itu,jika kita bertekad untuk melakukan sesuatu, jangan mencari sebarang alasan untuk menangguh. akibatnya susah di kemudiaan hari.memberi beribu alasan perlu dielakkan. banyak kerja lain la, kena pergi teman kawan la,ape la,pelbagai alasan yang diberi. zaman kini, manusia lebih terjerumus member beribu alasan tanpa memikirkan kesan sampingan yang akan mereka hadapi. jika kita melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan.


Mengapa saya tidak suka menulis

Menulis?


bagi aku ia merumitkan.


kenapa?


Menulis memerlukan daya fikir yang tinggi. Tidak semua orang dapat melahirkan buah fikiran yang bagus. Kadang-kadang nak mula menulis pun memerlukan beberapa jam untuk memikirkan. Sifat malas pun mula timbul. Semua kerja nak dengan cara yang mudah.






Kadang-kadang terfikir, penulisan kita membuatkan orang berminat untuk baca ataupun tidak? Hanya memikirkan cakap orang, apa pun tak jadi. Sejak dari dulu lagi, jika ada kerja rumah mengenai penulisan, hati aku menjadi resah.


apa yang perlu aku tulis?


Tidak ada idea lah. Padahal malas untuk memikirkan sesuatu.mungkin disebabkan kurangnya pembacaan sebab itu idea hendak menulis pun tiada.


Kesimpulannya,mengapa saya tidak suka menulis disebabkan sifat malas yang teramat sangat untuk berfikir dengan kritis. Tidak dinafikan, ketika idea mencurah-curah, terasa bahagia dalam menulis. Pelbagai benda dapat kita luahkan.tetapi bagi saya menulis memerlukan daya fokus yang tinggi untuk menghasikan satu karya yang bagus.

Kecelaruan kepentingan sebagai pelajar

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri mengenai tugas sebagai pelajar. Ada yang belajar untuk masa depan dan ada juga yang hanya belajar disebabkan kehendak ibu bapa. Tidak dinafikan, bukan senang untuk menjadi pelajar yang berkaliber. Ia memerlukan komitmen yang tinggi.pelbagai jerih perih yang perlu dilalui untuk mencapai kejayaan.


Sebagai pelajar, kita seharusnya bersikap lebih terbuka dengan keadaan semasa dan persekitaran.banyak benda yang harus kita pelajari untuk kegunaan masa hadapan kelak.sokongan yang kuat juga diperlukan daripada keluarga.sebagai contoh sebagai pelajar universiti. Mereka jauh daripada keluarga. Oleh itu,mereka perlulah membuat  sesuatu keputusan dengan sendiri. Tidak lagi bergantung kepada keluarga.ada kalanya kecelaruan kepentingan menghantui diri antaranya adalah pembahagian masa dengan pelajaran dan bersosial dengan kawan-kawan.




Tidak dinafikan,kawan-kawan adalah penting dalam kehidupan seharian, malah kita juga perlu pandai membahagikan masa dengan betul. Menghabiskan masa dengan kawan-kawan sehingga pelajaran di abaikan adalah perlu dielakkan. Ada yang berfikir bahawa jika mereka tidak meluangkan masa bersama rakan,mereka akan kehilangan tempat bergantung. Sebagai pelajar, kita hendaklah pandai memilih rakan yang sanggup ada masa kita susah ataupun senang.