Friday, 27 September 2013

KENAPA TIDAK SUKA MENULIS???


bukan tidak suka sebenarnya, cuma nak memulakan sesuatu penulisan itu memerlukan semangat dan minat yang tinggi. selain itu, pengetahuan bahasa yang meluas juga diperlukan untuk menghasilkan karya penulisan yang baik.untuk menjadi seorang penulis yang berkaliber, kena lah banyak membaca buku.sekurang-kurangnya apabila sudah ada pengetahuan mengenai cara menulis, tidak lah kekok seseorang itu untuk meluahkan buah fikirannya. ramai orang yang tidak menulis bukan bererti mereka malas ataupun tidak suka untuk menulis. hal ini berlaku mungkin disebabkan mereka tidak tahu ataupun kurang pengetahuan untuk menghasilkan penulisan yang baik. kehebatan penulisan seseorang itu dapat dirasai apabila kita membaca karyanya, ia membuatkan kita berfikir, dan dapat merasai serta memahami bait-bait yang diperkatan dalam sesuatu karya itu. kata-kata motivasi misalnya, merupakan karya penulisan dimana dengan menggunakan bait kata yang mempunyai maksud yang tertentu dan mendalam dapat memberi impak kepada yang membacanya.oleh itu, bagi yang tidak menulis ia bukan kerana tidak suka atau malas cuma mungkin seseorang itu tidak mempunyai idea tentang apa yang hendak disampaikan. akan disambung..  Bi iznillah....

No comments:

Post a Comment