Kecelaruan kepentingan sebagai pelajar
Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri
mengenai tugas sebagai pelajar. Ada yang belajar untuk masa depan dan ada juga
yang hanya belajar disebabkan kehendak ibu bapa. Tidak dinafikan, bukan senang
untuk menjadi pelajar yang berkaliber. Ia memerlukan komitmen yang
tinggi.pelbagai jerih perih yang perlu dilalui untuk mencapai kejayaan.
Sebagai pelajar, kita seharusnya bersikap
lebih terbuka dengan keadaan semasa dan persekitaran.banyak benda yang harus
kita pelajari untuk kegunaan masa hadapan kelak.sokongan yang kuat juga
diperlukan daripada keluarga.sebagai contoh sebagai pelajar universiti. Mereka
jauh daripada keluarga. Oleh itu,mereka perlulah membuat sesuatu keputusan dengan sendiri. Tidak lagi bergantung
kepada keluarga.ada kalanya kecelaruan kepentingan menghantui diri antaranya
adalah pembahagian masa dengan pelajaran dan bersosial dengan kawan-kawan.
Tidak dinafikan,kawan-kawan adalah penting
dalam kehidupan seharian, malah kita juga perlu pandai membahagikan masa dengan
betul. Menghabiskan masa dengan kawan-kawan sehingga pelajaran di abaikan adalah
perlu dielakkan. Ada yang berfikir bahawa jika mereka tidak meluangkan masa
bersama rakan,mereka akan kehilangan tempat bergantung. Sebagai pelajar, kita
hendaklah pandai memilih rakan yang sanggup ada masa kita susah ataupun senang.
No comments:
Post a Comment