Assalamualaikum wbt...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang memerintah langit dan bumi. Selawat serta salam keatas junjungan mulia nabi muhammad saw bersama para keluarga dan sahabatnya yang sentiasa mulia, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat kasihNya,masih lagi aku bernafas di bumi ini dan semoga dengan nafas yang berbaki ini, aku dapat berbakti.semoga dengan bakti itu akan memberikan kesenangan kepada orang yang memerlukan.
Betapa lemahnya diri ini dalam menempuh dunia yang penuh dengan ujian ini. Seringkali diri ini tersungkur dalam belitan syaitan dan nafsu yang menguasai diri. Namun, aku terus mencuba untuk melawan dan bertawakal kepada Tuhanku agar menolongku dan membantuku dalam menempuh ujian yang tak bertepi ini.
KECELARUAN KEPENTINGAN SEBAGAI PELAJAR
Aku pun tidak pasti apa yang penting bagi diri aku sebagai seorang pelajar . memang banyak kepentingan tapi kalau nak di spesifikkan, aku berfikiran bahawa pelajar inginkan kejayaan yang boleh membantu kita untuk melakar masa depan yang lebih cerah. kadangkala aku celaru, bingung memikirkan apa sebenarnya kehendak dan keperluan aku sebagai seorang pelajar. penting bagi kita menilai dan mengukur kemampuan kita sebagai seorang pelajar. banyak benda yang selalu kusutkan fikiran ku sejak aku belajar ni. aku rasa benda ni pun kawan-kawan aku yang lain pun rasa juga. yang pertama sekali pasal keadaaan kewangan. aku ni bukanlah datang dari keluarga yang senang sangat. masuk UITM ni pun aku tidak dapat PTPTN.maklumlah, PTPTN tu kan sumber kewangan pelajar yang paling banyak selepas ibu bapa. kaddang-kadang aku jadi seorang yang sangat takut berbelanja untuk keperluan aku disini sebab fikir kos yang banyak dan simpanan makin berkurang. lebih-lebih lagi untuk pelajar yang tidak ada PTPTN macam aku ni. mana nak ada duit simpanan. mak ayah bagi duit poket, cukup bulan habis lagi.Tapi aku bersyukur sangat aku ada kekuatan juga untuk usaha kurangkan sikit beban mak ayah aku. aku bekerja sambil belajar. kerja bukan kerja menjual makanan atau bisnes tapi aku kerja sebagai askar Wataniah. dulu sebelum masuk jadi kadet PALAPES ni, aku tidak tahu pun PALAPES tu apa. aku dah latihan setiap hari sabtu dan ahad baru aku tahu. aku ni askar rupanya. ada yang pertikaikan kenapa aku masih teruskan duduk dalam PALAPES ni sedangkan ia bukan benda yang mudah bagi seorang pelajar sebab kena korbankan masa belajar, wang ringgit, penat dan sebagainya. Jawapan nya akan aku bahaskan di masa akan datang... sampai sini dulu coretan hati ku.semoga apa yang ku tulis tidak menjadi sia-sia ya ALLAH.
ditulis oleh :FARIDAH SAKKA
No comments:
Post a Comment