Friday, 27 September 2013

Mengapa saya tidak suka menulis

Menulis?


bagi aku ia merumitkan.


kenapa?


Menulis memerlukan daya fikir yang tinggi. Tidak semua orang dapat melahirkan buah fikiran yang bagus. Kadang-kadang nak mula menulis pun memerlukan beberapa jam untuk memikirkan. Sifat malas pun mula timbul. Semua kerja nak dengan cara yang mudah.






Kadang-kadang terfikir, penulisan kita membuatkan orang berminat untuk baca ataupun tidak? Hanya memikirkan cakap orang, apa pun tak jadi. Sejak dari dulu lagi, jika ada kerja rumah mengenai penulisan, hati aku menjadi resah.


apa yang perlu aku tulis?


Tidak ada idea lah. Padahal malas untuk memikirkan sesuatu.mungkin disebabkan kurangnya pembacaan sebab itu idea hendak menulis pun tiada.


Kesimpulannya,mengapa saya tidak suka menulis disebabkan sifat malas yang teramat sangat untuk berfikir dengan kritis. Tidak dinafikan, ketika idea mencurah-curah, terasa bahagia dalam menulis. Pelbagai benda dapat kita luahkan.tetapi bagi saya menulis memerlukan daya fokus yang tinggi untuk menghasikan satu karya yang bagus.

No comments:

Post a Comment