‘hendak seribu daya,tak mahu seribu dalih’
‘hendak seribu daya,tak mahu seribu dalih’
Peribahasa ‘hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih’ bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu,
kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga
sebaliknya.
Maksud peribahasa ini dapat menggambarkan keinginan seseorang yang
melakukan sesuatu dengan segala keupayaannya dan demikian juga sebaliknya.
Contohnya ingin mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. sebagai pelajar, kita hendaklah
bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. jangan menjadikan tiada masa untuk
megulangkaji pelajaran disebabkan sibuk dengan perkara lain.sebenarnya, sikap
itu lahir dalam diri kita sendiri. jika kita rajin,ada habuan untuknya kelak.
Oleh itu,jika kita bertekad
untuk melakukan sesuatu, jangan mencari sebarang alasan untuk
menangguh. akibatnya susah di kemudiaan hari.memberi beribu alasan perlu
dielakkan. banyak kerja lain la, kena pergi teman kawan la,ape la,pelbagai alasan
yang diberi. zaman kini, manusia lebih terjerumus member beribu alasan tanpa
memikirkan kesan sampingan yang akan mereka hadapi. jika kita melakukan sesuatu
dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, InsyaAllah segala urusan kita akan
dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment